Seorang wanita yang kuat berangan.. ntah sampai bila harus berhenti dari angan-angan.. Suka ketawa tetapi juga mudah menangis.. Nampak seperti sombong tetapi terlebih peramah hakikatnya... Banyak cerita tetapi malas nak mengupdate dalam blog... Seorang isteri yang comel kepada Mohd Ghazali.. Saya adalah saya, dan tidak suka dibandingkan dengan orang lain dan tidak suka disamakan dengan orang lain juga..... Weeeee~~~~ =)

Thursday 29 September 2011

24 PERINGATAN PENTING BUAT WANITA YANG WAJIB BACA


1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).
2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).
6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”
7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.
8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.
10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.
12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.
13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.
14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.
15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.
16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”
17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”
18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.
19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:
i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”
a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil
* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.
22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:”
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.
23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:
a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.
24. Wajib bagi wanita:
a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.
~LB~

Gelagat Aufa dan Auliah(my lovely sisters)


Ahakz.. setiap kali merindui mereka video ini menjadikan santapan ku.. Mendoakan suatu hari nanti dapat anak kembar seperti adik2ku ini.. Love,luv....

aksi sikembar, si adik yang ganas dan nakal, kakak yang manja



Video ini dirakam pada Hari Raya ke 5. aufa yang mengganas kerana ayah pegang baby lain.. Aufa jeles, semua orang dia nak cari pasal.. harharhar....

Wednesday 28 September 2011

Video Clip Tak menjadi

Ahakz.... Nak buat video clip konon..Budak semah tue yang ngajak, hasilnya hancur... masing2 malu konon...

birthday party pluss Johnny English

Awesome.... Hehehehe... Adalah telah menjadi malam galak buat kami-kami yang ingin menyambut hari kelahiran Encik Aminuddin, Hazwan rahman, Belle and Ferra.. Kejutan yang telah dibuat pada hari tersebut tidak diketahui oleh mereka-mereka ini.. harharhar.. Berjaya juga kami akhirnya.. Terima Kasih pada yang beri kerjasama...Owh ya MIBC adalah lokasinya. Bermain bowling sambil makan kek... yipyiphurray......


Yeah.. Inilah tempatnya.. =)





Free style
Birthday Cake


Eksyen saja 





Alahai, hazwan Rahman yang pakai topi tue, gembira betul dia.. hikhikhikhik


Naha yang over.. haishh....

Saya tertewas nampaknya.. looseeeeeeerrr

Birthday boy begitu gembira membaling bola







Suka sangat pix nie.. hehehe

Selepas memenatkan diri membaling bole, kami terus menuju ke  GSC untuk menonton Johnny English da Muvieee.. Naha, Wan, Asmah n Iza dah tengok, makanya mereka2 itu pulang...



















Kelakar giler citer nie.. sampai nak pecah urat tekak saya ketawa.. ahakz.. Fun..fun..fun.....






Tuesday 27 September 2011

Open House...

Rasanya ni lah kot Open House yang terakhir untuk raya tahun ini.. hehehehehe.....

bergediks before g opis.. Dah lah masuk lambat.. hampeh...


Gaya gatal jap...





Ini adalah waktru2 kerja.. beraya dengan pakaian kerja..amat suka... sebab nya makan lebih, kerja kurang... gaji mahsyukkkk

Hii.. lama betul kan tak update blog.. yes i'm so bz...

Last saturday i've made Ketam Lemak Cili api.. wah.. the best cook i've made.. My hubby really2 like it.. hehehe.... let me show da photo... yeahh.... terliur beb....

Saturday 24 September 2011

Ku Pendam Sebuah Duka... (CERPEN)

Pertemuan yang tidak dirancang telah menjalinkan satu persahabatan. Persahabatan yang diikat, menyimpan perasaan cinta dan sayang dalam hati masing-masing. Semakin kerap berhubung, semakin sayang dan rindu mengundang. Setiap kali bertemu, pasti ada bunga mekar menguasai diri... Bibit-bibit cinta mula terjalin. Kau dan aku sudah lupa akan diri. Ibaratkan Dunia ini milik bersama.
Lagu pilihan hati yang telah ditetapkan pada telefon bimbit untuk nada panggilan khas memecah kesunyian. Tasha yang sedang leka membelek majalah pantas mendapatkan telefon bimbitnya. "Hallo ayang, ayang buat apa tue? Dah makan?" Tasha mengukirkan senyuman walaupun si pemanggil tidak dapat melihat senyuman manis nya.. "Belum lah sayang, ayang belum makan. Ayang dok belek-belek majalah nie. boringlah..." Kelembutan dan alunan suara yang manja telah membuatkan Ray semakin rindu..." Hurm, ye ker, sian nyer. Ayang tak kuar g mana-mana ke hari nie?". Tasha mencebik " tak, dia sibuk kot." Bunyi seperti Tasha ada kekasih lain. Ya, bukan sahaja Ray kekasih hati Tasha. Sememangnya Tasha terlebih dahulu mengenali Azim. Azim adalah kekasih Tasha yang diperkenalkan oleh orang ramai. Manakala Ray umpama kekasih gelapnya. Curang? Bagi Tasha, jika ada yang tahu tentang hubungan dia dan Ray, dan mengatakan dia berlaku curang, dia redha kerana hati nya lebih mencintai Ray. Ray lah lelaki yang selama ini diimpikannya. Jejaka yang selalu bermain dalam mimpinya. Tetapi ikatan yang terjalin antara dia dan Azim tidak dapat diputuskan kerana ini adalah pilihan keluarga dan hampir 5tahun dia bersama Azim. kadang-kadang dirinya terasa menyesal dan lambat mengenali Ray. 
Bahagia? Kerana kemunculan Ray, hilang rasa cintanya pada Azim, tetapi dia cuba untuk pulihkan kembali dengan kekuatan yang di beri oleh Ray. Ray? Ya, Ray sedar dia adalah seorang perampas kekasih orang. Tetapi kerana cinta, dia tak rela untuk memutuskan hubungan dengan Tasha. Dia sanggup menjadi kekasih gelap Tasha.Walaupun Azim, rakan perniagaannya selalu berdampingan dengan Tasha di depan matanya, dia mampu untuk berlagak cool. Hampir 3tahun dia mengenali Tasha, seperti dia lebih tahu isi hati Tasha berbanding Azim. Perkenalan Ray dengan Tasha secara tidak sengaja dalam Kursus Peningkatan Ekonomi Perniagaan,yang sememangnya tika itu Ray tidak tahu Tasha adalah kekasih rakan perniagaannya.
"Ayang, kita keluar nak? Sayang rindu sangat kat ayang" permintaan Ray tidak pernah ditolak oleh Tasha sememangnya dia juga berperasaan seperti itu. Tasha mendial nombor Azim. "hallo abang, Tasha nak keluar dengan kawan tau. Nanti Tasha dah sampai umah Tasha kol abang yer." Azim memberi keizinan untuk Tasha keluar.Tanpa mengetahui siapa kawan yang Tasha maksudkan. Azim sememangnya tidak tahu menunjukkan perasaan cintanya pada Tasha walaupun hatinya cintakan Tasha. Dia lebih mementingkan kerjayanya. baginya Tasha akan menjadi miliknya juga. Tidak perlu dijaga atau dikonkong. 
Kenangan dicipta lagi. Tasha dan Ray bersama gembira meniti hari-hari bahagia. Kegembiraan bertukar sayu apabila Ray membuka kata mengenai pernikahan Tasha dan Azim. Tasha sedih, impiannya untuk bersama Ray akan menjadi angan-angan dan saat-saat yang indah bersama Ray tidak akan dirasainya lagi. Ray yang sebenarnya lagi sakit dan terluka dengan hari-hari yang akan menyusul. Ray tidak pernah mengenali wanita lain selain Tasha. Apa saja yang Tasha inginkan, dia akan laksanakan tanpa sedikit rungutan. Semuanya dibuat atas dasar sayang dan cintanya pada Tasha. Setiap kali hatinya rindukan tasha, pasti air matanya mengalir. Mengenangkan nasibnya yang akan ditinggalkan oleh Tasha. Rasa seperti separuh gila. 
Hari yang dihitung telah tiba. Air mata Ray tidak henti-henti mengalir menatap wajah Tasha. hari ini sah Tasha menjadi milik Azim. Ray mengelak untuk hadir. Dia tidak sanggup melihat kecantikkan Tasha dilmiliki oleh orang lain. Walaupun perit, Ray telah menghadiahkan sebiji rumah pada Azim dan Tasha. Azim menganggap ini adalah satu pemberian yang amat bernilai dalam persahabatan antara dia dan Ray dalam sama-sama memajukan perniagaan mereka. Rumah ini adalah impian Tasha dan Ray. Pernah ketika hangat bercinta dulu, Ray dan Tasha mengangan-angankan perhiasan rumah, penyusanan perabot dan warna kediaman impian mereka. Ray telah menjadikan angan-angan Tasha menjadi kenyataan walaupun dalam anganan Tasha sememangan ingin hidup dengan Ray dalam rumah itu.  Ray menggapai satu coretan dari Tasha. Lirik lagu Ku Pendam Sebuah Duka, di baca satu persatu. Air matanya mengalir laju. "Ya Allah kuatkan imanku" bisik  hati Ray.
Bercinta sudah lama
Berkasih dan bermesra
Sedang enak membuai rasa
Perpisahan tercipta

Mengapa sementara
Cerahnya cinta kita
Mendung tiba tiada ku pinta
Gelapnya suasana

Walaupun hatiku
Amat berat melepasmu
Dan rintangan mendatang sayang
Terpaksa kuleraikan

Seandainya...
Kita harungi jua
Kelak punah semua sayang
Mimi yang kau harapkan

Ku pasti kau kembali
Menyatu dua hati
Lebih elok cari pengganti
Tiada kau menyendiri

Tak guna disesalkan
Hakikat percintaan
Mungkin terpendam kenikmatan
Sebalik perpisahan...

Kini genap 11tahun Tasha menjadi bini Azim. Ray tetap teguh dengan hatinya yang pernah menyimpan Tasha dulu. Tidak sedikit pun hatinya berubah pada wanita lain. Walaupun sudah hampir 10 tahun Ray melarikan diri jauh dari Tasha dan berhenti dari menjadi rakan kongsi Azim. Segalanya diserahkan kepada Azim dengan alasan Ray sudah mendapat kerja tetap dan itulah impiannya. Puas Ibu Bapa Ray mencarikan jodoh untuknya, namun dia menolak mentah-mentah. Begitu setia cintanya pada Tasha. Kata Ray kepada orang tuanya. " Biarlah saya hidup bersendirian sehingga saya tua, dengan membawa cinta dalam hati saya, saya tetap bahagia" tiada seorang pun yang tahu cinta hati ray. ray simpan semuanya berseorangan,itu janjinya pada Tasha, tak siapa yang akan tahu mereka pernah bercinta. Ray yang dari tadi termenung menunggu panggilan untuk pesawatnya,termati dari lamunan apabila jeritan seorang kanak-kanak seperti dicubit oleh ibunya. Jantungnya berdegup laju, apabila pandangannya ditujukan pada wanita itu bersama anaknya. Ray berdiri dan lantas mendapatkan wanita itu. "Hai, lama tak jumpa" Tasha tergamam. Ray? Ya, Ray depan matanya. Yang sekian lama dia rindukan. "Eh, Ray. Awak buat ape kat sini?" Ray tersenyum memandang Tasha yang tak pernah berubah perangai gelabahnya. "Saya nak peri Bandung, ada kursus. Awak?" Tasha merasakan ketenangan pada wajah Ray. "Saya nak bawa anak bercuti kat Melbourne" Ray mula curiga kerana kelihatan Tasha cuma bersama anak. "Berdua?" Tasha sudah agak persoalan yang akan ditanyakan oleh Ray. Kerana Tasha masih mengenali cara pandangan Ray. " a'ah. kami dah lama hidup berdua" Tasha berterus terang. Ray semakin ingin tahu. Tasha menyambung cerita. "Saya dah 4tahun bercerai dengan Azim. Kami bercerai bukan kerana orang ketiga, tapi kami sudah tidak sehaluan lagi. Time tu, Rasha baru umur setahun" Ray agak terkejut. Pelbagai perasaan muncul dalam hatinya. "Saya sedih sebab membiarkan awak menjaga anak awak berseorangan dan tak hadir tika awak susah" Sudah lama Tasha inginkan kata-kata semangat dari seseorang yang pernah disayanginya dulu." Hurm... saya nak cari awak, tapi takut awak dah kahwin" Tasha mula rasa cemburu dengan ayatnya sendiri. "Sayang, selepas melepaskan ayang pergi, sayang sehingga sekarang masih belum ada pengganti. Hati sayang kuat mengatakan ayang akan kembali bersama sayang" Air muka Tasha benar-benar berubah.. terharu, sedih, gembira,rindu semuanya ada... Ray menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Jarinya ligat menekan butang nombor seperti menelifon seseorang. "Hallo, Jib. Aku nak batalkan kursus aku,aku ganti bulan depan lah. Tiket flight aku, aku burn. nanti aku bayar balik kat company. Aku ada hal yang sangat penting. Antara hidup dan mati aku" Tasha terkedu mendengar perbualan Ray. Ray mematikan telefon bimbitnya dan memandang Tasha. "Ayang, Sayang nak ikut ayang g Melborne. Sayang nak pegi beli tiket on the sport. Nanti ayang sampai sana, ayang tunggu sayang yer. Saya nak hidup selama-lamanya dengan awak. Balik sini kita terus nikah yer". Air mata Tasha mengalir, sudah lama dia merindui panggilan manjanya bersama Ray. Atas kerana rindu yang teramat, anak perempuannya dinamakan Rasha, gabungan Randy dan Tasha.

*Cinta yang jujur dan setia akan dikecapi jika hati benar-benar ikhlas menanti dan bersabar mencari. Walaupun bukan kekasih hati yang dicari mungkin akan perolehi pengganti yang seakan  kekasih hati*




Monday 19 September 2011

cekodok pisang

hip..hip... Untuk breakfast hubby kali nie saya wat cekodok pisang.. Bancuhan banyak, buat lebih dan hantar ke opis... hehehehe... =)
Pisang yang dilenyek dan dicampur tepung

Ahakz.... mudah bangat masaknya....


Bahan2
Pisang yang dah masak
tepung gandum




Caranya
-lenyek2 pisang dan campurkan ngan tepung, masukkan tepung tue sikit2... jangan banyak sangat tepung nanti keras. kurang sangat pun nanti hancur waktu goreng
-selesai menggaul pisang yang dilenyek ngan tepung, goreng dalam kuali panas. Kemudian, hidang....


Mudahkan... selamat menjamu selera...

Kek Batik Kacang

Akibat kebosanan Jumaat tue, Sempena hari malaysia... =) saya buat kek batik kacang sebelum pulang rumah mertua.. Cara nya amat Mudah

Bahan
Milo 450gm
Kacang Tanah 100gm(Di goreng dan dipatah2kan)
Susu Pekat 1 tin
ButterCup 1buku
Biskut Marrie (dipatah2kan 4)

Cara-caranya

  1. Pannaskan periuk
  2. Masukkan buttercup, kacau hingga cair
  3. Masukkan susu pekat,kacau bagi sekata
  4. Masukkan milo kacau lagi hingga sebati dan mendidih sikit
  5. Masukkan Biskut Marrie dan kacang, gaul hingga rata semua
  6. Masukkan dalam loyang atau bekas, masukkan sikit-sikit dan tekan-tekan bagi rata dalam bekas, supaya nak potong nanti tak pecah2
  7. Masukkan dalam peti ais,rasanya 4jam cukup dah kot
  8. potong2 dan makan..hehehehe
*Nak potongan yang cantik, sebelum masukkan dalam bekas lapik plastik.. memang cantik... =) saya tak wat sebab tak sempat bli...




Aktiviti Mengemas office....

Bertarikh 16-09-2011, ahakz, aktiviti yang amat kecoh dan hangat di opis saya... hehehehe.... Berkerjasama membersihkan opis untuk staff baru...
Mr Syafek N Mr Hazwan yang kelihatan begitu semangat sekali

Wah... Part yang paling indah.. Passing file cara selamat untuk disusun

Stor untuk di kemas

Madam Naha sempat lagi nak berpose


see Me yang kelihatan Rajin,kan...

Ahakaz.. opss Naha cuba untuk lakukan sesuatu

berebut-rebut nak buang sampah

best

Madam Asmah cuba untuk membuat lompat katak

Diskusi


Selesai kerjja dengan puas hatinya setelah dibelanja KFC oleh Bossi.. harharhar.....