Seorang wanita yang kuat berangan.. ntah sampai bila harus berhenti dari angan-angan.. Suka ketawa tetapi juga mudah menangis.. Nampak seperti sombong tetapi terlebih peramah hakikatnya... Banyak cerita tetapi malas nak mengupdate dalam blog... Seorang isteri yang comel kepada Mohd Ghazali.. Saya adalah saya, dan tidak suka dibandingkan dengan orang lain dan tidak suka disamakan dengan orang lain juga..... Weeeee~~~~ =)

Saturday 24 September 2011

Ku Pendam Sebuah Duka... (CERPEN)

Pertemuan yang tidak dirancang telah menjalinkan satu persahabatan. Persahabatan yang diikat, menyimpan perasaan cinta dan sayang dalam hati masing-masing. Semakin kerap berhubung, semakin sayang dan rindu mengundang. Setiap kali bertemu, pasti ada bunga mekar menguasai diri... Bibit-bibit cinta mula terjalin. Kau dan aku sudah lupa akan diri. Ibaratkan Dunia ini milik bersama.
Lagu pilihan hati yang telah ditetapkan pada telefon bimbit untuk nada panggilan khas memecah kesunyian. Tasha yang sedang leka membelek majalah pantas mendapatkan telefon bimbitnya. "Hallo ayang, ayang buat apa tue? Dah makan?" Tasha mengukirkan senyuman walaupun si pemanggil tidak dapat melihat senyuman manis nya.. "Belum lah sayang, ayang belum makan. Ayang dok belek-belek majalah nie. boringlah..." Kelembutan dan alunan suara yang manja telah membuatkan Ray semakin rindu..." Hurm, ye ker, sian nyer. Ayang tak kuar g mana-mana ke hari nie?". Tasha mencebik " tak, dia sibuk kot." Bunyi seperti Tasha ada kekasih lain. Ya, bukan sahaja Ray kekasih hati Tasha. Sememangnya Tasha terlebih dahulu mengenali Azim. Azim adalah kekasih Tasha yang diperkenalkan oleh orang ramai. Manakala Ray umpama kekasih gelapnya. Curang? Bagi Tasha, jika ada yang tahu tentang hubungan dia dan Ray, dan mengatakan dia berlaku curang, dia redha kerana hati nya lebih mencintai Ray. Ray lah lelaki yang selama ini diimpikannya. Jejaka yang selalu bermain dalam mimpinya. Tetapi ikatan yang terjalin antara dia dan Azim tidak dapat diputuskan kerana ini adalah pilihan keluarga dan hampir 5tahun dia bersama Azim. kadang-kadang dirinya terasa menyesal dan lambat mengenali Ray. 
Bahagia? Kerana kemunculan Ray, hilang rasa cintanya pada Azim, tetapi dia cuba untuk pulihkan kembali dengan kekuatan yang di beri oleh Ray. Ray? Ya, Ray sedar dia adalah seorang perampas kekasih orang. Tetapi kerana cinta, dia tak rela untuk memutuskan hubungan dengan Tasha. Dia sanggup menjadi kekasih gelap Tasha.Walaupun Azim, rakan perniagaannya selalu berdampingan dengan Tasha di depan matanya, dia mampu untuk berlagak cool. Hampir 3tahun dia mengenali Tasha, seperti dia lebih tahu isi hati Tasha berbanding Azim. Perkenalan Ray dengan Tasha secara tidak sengaja dalam Kursus Peningkatan Ekonomi Perniagaan,yang sememangnya tika itu Ray tidak tahu Tasha adalah kekasih rakan perniagaannya.
"Ayang, kita keluar nak? Sayang rindu sangat kat ayang" permintaan Ray tidak pernah ditolak oleh Tasha sememangnya dia juga berperasaan seperti itu. Tasha mendial nombor Azim. "hallo abang, Tasha nak keluar dengan kawan tau. Nanti Tasha dah sampai umah Tasha kol abang yer." Azim memberi keizinan untuk Tasha keluar.Tanpa mengetahui siapa kawan yang Tasha maksudkan. Azim sememangnya tidak tahu menunjukkan perasaan cintanya pada Tasha walaupun hatinya cintakan Tasha. Dia lebih mementingkan kerjayanya. baginya Tasha akan menjadi miliknya juga. Tidak perlu dijaga atau dikonkong. 
Kenangan dicipta lagi. Tasha dan Ray bersama gembira meniti hari-hari bahagia. Kegembiraan bertukar sayu apabila Ray membuka kata mengenai pernikahan Tasha dan Azim. Tasha sedih, impiannya untuk bersama Ray akan menjadi angan-angan dan saat-saat yang indah bersama Ray tidak akan dirasainya lagi. Ray yang sebenarnya lagi sakit dan terluka dengan hari-hari yang akan menyusul. Ray tidak pernah mengenali wanita lain selain Tasha. Apa saja yang Tasha inginkan, dia akan laksanakan tanpa sedikit rungutan. Semuanya dibuat atas dasar sayang dan cintanya pada Tasha. Setiap kali hatinya rindukan tasha, pasti air matanya mengalir. Mengenangkan nasibnya yang akan ditinggalkan oleh Tasha. Rasa seperti separuh gila. 
Hari yang dihitung telah tiba. Air mata Ray tidak henti-henti mengalir menatap wajah Tasha. hari ini sah Tasha menjadi milik Azim. Ray mengelak untuk hadir. Dia tidak sanggup melihat kecantikkan Tasha dilmiliki oleh orang lain. Walaupun perit, Ray telah menghadiahkan sebiji rumah pada Azim dan Tasha. Azim menganggap ini adalah satu pemberian yang amat bernilai dalam persahabatan antara dia dan Ray dalam sama-sama memajukan perniagaan mereka. Rumah ini adalah impian Tasha dan Ray. Pernah ketika hangat bercinta dulu, Ray dan Tasha mengangan-angankan perhiasan rumah, penyusanan perabot dan warna kediaman impian mereka. Ray telah menjadikan angan-angan Tasha menjadi kenyataan walaupun dalam anganan Tasha sememangan ingin hidup dengan Ray dalam rumah itu.  Ray menggapai satu coretan dari Tasha. Lirik lagu Ku Pendam Sebuah Duka, di baca satu persatu. Air matanya mengalir laju. "Ya Allah kuatkan imanku" bisik  hati Ray.
Bercinta sudah lama
Berkasih dan bermesra
Sedang enak membuai rasa
Perpisahan tercipta

Mengapa sementara
Cerahnya cinta kita
Mendung tiba tiada ku pinta
Gelapnya suasana

Walaupun hatiku
Amat berat melepasmu
Dan rintangan mendatang sayang
Terpaksa kuleraikan

Seandainya...
Kita harungi jua
Kelak punah semua sayang
Mimi yang kau harapkan

Ku pasti kau kembali
Menyatu dua hati
Lebih elok cari pengganti
Tiada kau menyendiri

Tak guna disesalkan
Hakikat percintaan
Mungkin terpendam kenikmatan
Sebalik perpisahan...

Kini genap 11tahun Tasha menjadi bini Azim. Ray tetap teguh dengan hatinya yang pernah menyimpan Tasha dulu. Tidak sedikit pun hatinya berubah pada wanita lain. Walaupun sudah hampir 10 tahun Ray melarikan diri jauh dari Tasha dan berhenti dari menjadi rakan kongsi Azim. Segalanya diserahkan kepada Azim dengan alasan Ray sudah mendapat kerja tetap dan itulah impiannya. Puas Ibu Bapa Ray mencarikan jodoh untuknya, namun dia menolak mentah-mentah. Begitu setia cintanya pada Tasha. Kata Ray kepada orang tuanya. " Biarlah saya hidup bersendirian sehingga saya tua, dengan membawa cinta dalam hati saya, saya tetap bahagia" tiada seorang pun yang tahu cinta hati ray. ray simpan semuanya berseorangan,itu janjinya pada Tasha, tak siapa yang akan tahu mereka pernah bercinta. Ray yang dari tadi termenung menunggu panggilan untuk pesawatnya,termati dari lamunan apabila jeritan seorang kanak-kanak seperti dicubit oleh ibunya. Jantungnya berdegup laju, apabila pandangannya ditujukan pada wanita itu bersama anaknya. Ray berdiri dan lantas mendapatkan wanita itu. "Hai, lama tak jumpa" Tasha tergamam. Ray? Ya, Ray depan matanya. Yang sekian lama dia rindukan. "Eh, Ray. Awak buat ape kat sini?" Ray tersenyum memandang Tasha yang tak pernah berubah perangai gelabahnya. "Saya nak peri Bandung, ada kursus. Awak?" Tasha merasakan ketenangan pada wajah Ray. "Saya nak bawa anak bercuti kat Melbourne" Ray mula curiga kerana kelihatan Tasha cuma bersama anak. "Berdua?" Tasha sudah agak persoalan yang akan ditanyakan oleh Ray. Kerana Tasha masih mengenali cara pandangan Ray. " a'ah. kami dah lama hidup berdua" Tasha berterus terang. Ray semakin ingin tahu. Tasha menyambung cerita. "Saya dah 4tahun bercerai dengan Azim. Kami bercerai bukan kerana orang ketiga, tapi kami sudah tidak sehaluan lagi. Time tu, Rasha baru umur setahun" Ray agak terkejut. Pelbagai perasaan muncul dalam hatinya. "Saya sedih sebab membiarkan awak menjaga anak awak berseorangan dan tak hadir tika awak susah" Sudah lama Tasha inginkan kata-kata semangat dari seseorang yang pernah disayanginya dulu." Hurm... saya nak cari awak, tapi takut awak dah kahwin" Tasha mula rasa cemburu dengan ayatnya sendiri. "Sayang, selepas melepaskan ayang pergi, sayang sehingga sekarang masih belum ada pengganti. Hati sayang kuat mengatakan ayang akan kembali bersama sayang" Air muka Tasha benar-benar berubah.. terharu, sedih, gembira,rindu semuanya ada... Ray menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Jarinya ligat menekan butang nombor seperti menelifon seseorang. "Hallo, Jib. Aku nak batalkan kursus aku,aku ganti bulan depan lah. Tiket flight aku, aku burn. nanti aku bayar balik kat company. Aku ada hal yang sangat penting. Antara hidup dan mati aku" Tasha terkedu mendengar perbualan Ray. Ray mematikan telefon bimbitnya dan memandang Tasha. "Ayang, Sayang nak ikut ayang g Melborne. Sayang nak pegi beli tiket on the sport. Nanti ayang sampai sana, ayang tunggu sayang yer. Saya nak hidup selama-lamanya dengan awak. Balik sini kita terus nikah yer". Air mata Tasha mengalir, sudah lama dia merindui panggilan manjanya bersama Ray. Atas kerana rindu yang teramat, anak perempuannya dinamakan Rasha, gabungan Randy dan Tasha.

*Cinta yang jujur dan setia akan dikecapi jika hati benar-benar ikhlas menanti dan bersabar mencari. Walaupun bukan kekasih hati yang dicari mungkin akan perolehi pengganti yang seakan  kekasih hati*




No comments:

Post a Comment