Seorang wanita yang kuat berangan.. ntah sampai bila harus berhenti dari angan-angan.. Suka ketawa tetapi juga mudah menangis.. Nampak seperti sombong tetapi terlebih peramah hakikatnya... Banyak cerita tetapi malas nak mengupdate dalam blog... Seorang isteri yang comel kepada Mohd Ghazali.. Saya adalah saya, dan tidak suka dibandingkan dengan orang lain dan tidak suka disamakan dengan orang lain juga..... Weeeee~~~~ =)

Saturday 12 November 2011

Kisah hidup

Hidup? ye hidup dibumi yang hanya dipinjamkan sementara ini.. Adakah kehidupan inilah yang buat kita sentiasa merasa bahagia? atau seketika derita? Jawapan nya ialah mengikut keadaan perasaan kita. Jika jiwa tengah gembira, bahagialah jawapannya.. Andai jiwa tengah kacau, deritalah jawapannya. Yang pastinya kita harus hargai setiap detik liku-liku yang kita lalui dalam kehidupan ini... 
Kenapa Perlu kita hargai???? Ya Allah, kita hidup didunia ini sudah pasti hanya sementara jer kan. Maka selagi kita hidup di bumi ini, harus kita bersyukur dan hargainya dengan cara yang di didik dalam Islam. Eh, ye lah, kita kan agama islam. Di didik Rukun Islam dan Rukun Iman, harus ajar diri untuk mengamalkannya..Tapi yang pastinya,harus bersyukur dan di ingat bahawa setiap ujian yang diturunkan oleh Allah S.W.T adalah kerana kasih sayangnya pada kita .... Kadang-kadang tue tak dinafikan kita akan rasa sangat terseksa dan mengeluh, tapi bila istifar banyak2 rasa tersedar ini adalah kasih sayang yang ditunjukkan oleh Yang Maha Esa... 


Love Your Life and Proud to Be A Muslim =)


No comments:

Post a Comment