Seorang wanita yang kuat berangan.. ntah sampai bila harus berhenti dari angan-angan.. Suka ketawa tetapi juga mudah menangis.. Nampak seperti sombong tetapi terlebih peramah hakikatnya... Banyak cerita tetapi malas nak mengupdate dalam blog... Seorang isteri yang comel kepada Mohd Ghazali.. Saya adalah saya, dan tidak suka dibandingkan dengan orang lain dan tidak suka disamakan dengan orang lain juga..... Weeeee~~~~ =)

Thursday 17 May 2012

1 Year Marriage Celebration

Alhamdullilah,
saya amat bersyukur dan sangat gembira, kini genap setahun saya menjadi isteri kepada Mohd Ghazali.
Bermulanya pecarian tempat untuk berbulan madu. Amat sukar mendapat tempat yang sesuai kerana tarikhnya hampir dengan cuti hari pekerja. Saya hampir mula give up, tetapi encik suami kelihatan semangat sekali. maka saya harus memberi sokongan kepadanya. Alhamdullilah, Hotel The Legend Resort, Cherating telah pun kami tempat untuk 2 hari 1 malam. Oleh kerana encik suami amat bersungguh-sungguh untuk bercuti, saya mula terfikir untuk membuat kejutan!!!!
PlanningKebetulan hari saya berbulan madu, sama dengan hari rakan sekerja saya juga berbulan madu. Kami mengambil keputusan untuk mencari baju "kejutan" untuk suami.. Hehehehe nak kelihatan sangat cantik!!!Seharian saya mencari dress dan mencuba, akhirnya dapat dress  yang amat sesuai dengan saya atas bantuan kawan sekerja.. Alhamdullilah...
Cantik kan!! Memang warna yang memukau dan type dress yang sangat menggoda!! Dekat setengah jam dalam fitting room dok tenung baju ni lama-lama sambil berangan!!!

So dah dapat baju!! Now cari idea untuk kejutan di dalam bilik. Setelah mendapat idea dari rakan saya, saya mula cuba menghubungi pihak hotel untuk mendapatkan bantuan... Hehehehe kejutan aper yer???? Nanti saya upload gambarnya okehh....

30APRIL2012

Selamat Ulangtahun perkahwinan!!!! Hari yang dinanti sudah tiba. Pukul 7 pagi kami sudah bergerak ke Cherating Pahang, yang mengambil masa hampir 4 jam.. tapi tak per, saya dan suami sangat hepi sepanjang perjalanan kami.. Terlalu banyak topik yang kami bualkan sehingga lupa perjalanan kami yang agak jauh..


Setibanya di tempat yang dituju, kami mencari lokasi untuk menjamah tengah hari. alhamdullilah dapat gerai makan yang sangat sedap dan murah!! Dengan sotong2 yang besar dan lauk yang banyak. Tengs hubby belanja. 

Legend Resort Cherating






Pose sementara tunggu bilik...

so happy


Okeh Set!!! dapat kunci bilik!! Mari masuk bilik, kita selongkar segalannya!!!




Bilik yang sangat puas hati!! Bersih, bilik mandi shower and bath tub(hehehe berendam ngan suami), coffee maker, pantry, and more!! great!!!! saya dan suami amat puas hati. Rehat jap dalam sejam, pastui kami bersiap-siap! saya nak swimming, Jacuzzi,sauna n spa, manakala encik suami saya nak main ATV, Gym and Jacuzzi...

Okeh saya terjun Pool okays
Tym ni husband dah g main ATV, saya amik masa yang singkat untuk terus masuk ke bilik dan buatkan surprise, pastu dah seap, terus g SPA dan tunggu hubby kat sana.. 
Setelah menjalankan aktiviti manjakan badan, saya dan suami pulang ke bilik. Berdebar rasanya nak sampai bilik. Nak tengok reaksi encik suami!!! Encik Suami buka jer pintu!!!! OMG!!!!!!!!!!! mata tertumpu terus atas katil!!!



Wah!!! terkejut kan,........




Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar dan saya sangat hepi.... Doakan kami berdua dapat hasil yang sangat bernilai dari percutian kami ini.. Aminnn =)

No comments:

Post a Comment