Seorang wanita yang kuat berangan.. ntah sampai bila harus berhenti dari angan-angan.. Suka ketawa tetapi juga mudah menangis.. Nampak seperti sombong tetapi terlebih peramah hakikatnya... Banyak cerita tetapi malas nak mengupdate dalam blog... Seorang isteri yang comel kepada Mohd Ghazali.. Saya adalah saya, dan tidak suka dibandingkan dengan orang lain dan tidak suka disamakan dengan orang lain juga..... Weeeee~~~~ =)

Thursday 24 May 2012

Kongsi tips rumahtangga bahagia

Salam Jumaat Buat Kalian Semua...

Ahakz.. Pagi nie sangat sejuk.. yelah hujan kan dari awal pagi tadi.. Seronok sangat menikmati hari sebegini. Tak lah panas sangat... Alhamdullilah hujan tue kan rahmat...

Bermula~~~
Memandangkan saya ni dah kahwin kan, jum kita sama-sama belajar untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga. Saya pun tak tahu masa depan rumahtangga sayakan. Hanya yang kita dapat adalah cuba untuk bahagiaakan dan menjaga rumah tangga..

PERKAHWINAN
Yep, perkahwinan ini sangat indah. Seindah yang tidak dapat dirasai oleh mereka yang lain. Seperti terasa dunia ini milik kita berdua.. Tapi adakah keindahan itu akan dirasai hingga akhir hayat kita? Takutnya bila ada orang ketiga!!! Takutnya bila cinta pudar!!! Sangat takut semua tu. Bila ia terjadi, pasti akan merindui hari-hari kebahagiaan yang tercipta.  Saya ada terbaca satu lampiran tips untuk romantik dalam rumah tangga.. Jom kongsi!!!


  1. Sebelum tidur atau selepas bangun tidur, anda ambil masa untuk bermanja – manja dengan pasangan anda. Urut pasangan anda dan belai dia. (Ha??kalau urut2 tu, sebelum tido jer.. dah bangun tak buat dah. Sebab saya selalu bangun lambat dari encik suami!! hukhukhuk)
  2. Ketika anda bekerja, goda pasangan anda dengan menghantar sms romantik dan menggoda. Berikan dia pujian dan sentiasa buatkan mereka berfikir bahawa anda selalu teringat – ingatkan dia.(Hurmm.. Yang ini saya tak pernah buat!! Haruskah?? Tapi encik suami selalu buat!! Hari-hari meseg rindu, padahal hari-hari gak jumpa!! Adakah????)
  3. Beli kad romantik, tulis I love U di dalamnya dan hantar kepada pasangan anda.(Hehehehe buat tapi encik suami kata nak letak mana nie? semak!!!!! )
  4. Sentiasa berhubung antara satu sama lain supaya pasangan anda tahu apa yang sedang anda lakukan dan dia juga tahu apa yang sedang anda lakukan. (I'allah akan kekalkan)
  5. Hantar MMS gambar anda sedang memberi ciuman atau flying kiss.(Wow!!! encik suami saya selalu buat kat saya.. hehehehehe)
  6. Apabila ada terluang masa dan ketika, anda raba pasangan anda.(Opss.... hehheehe selalu kot!!!)
  7. Sentiasa cium dan peluk pasangan anda. Sentiasa juga berpegangan tangan antara satu sama lain.(Okeh!!!!! =)
  8. Mandi bersama. ( Yup!!! Harus!!)
  9. Adakan masa untuk keluarga tercinta. Berikan kebahagian kepada pasangan dan anak – anak. (Belum lagi.. nanti saya cuba)
  10. Keluar berdua di hujung minggu. Jika anda anak, boleh juga di bawa tetapi anda tetap fokus untuk berdating dengan pasangan anda. (Okeh, juga hobi kami!!)
  11. Amalkan seks pantas jika ada masa.(Gulp!!!!!!)
  12. Sentiasa berkongsi tanggungjawab.(Erk???)
  13. Sentiasa merancang aktiviti bersama – sama.(Ha???? kami sentiasa lain pendapat.. saya suka terjun!! Dia suka lift!! |Macamana?????
  14. Apabila pasangan anda ingin ke tempat kerja, jangan lupa untuk peluk dan cium dia. (Jeng... jeng..jeng... buat,buat,buat!!!)
Wow!!!Wow!! Banyakkan tips nya.. Tapi sebenarnya nak bahagia tak susah tau nak buat.. cuma kadang-kadang time merajuk tue, uhh... keras kepala tak nak wat-wat manja begini... Memang, tau nak muncung sampai kena pujuk.. Ada lagi!!!!!!!

3 PERKARA YANG HARUS DALAM RUMAHTANGGA!!!!!
1. Selami perasaan suami
Adakalanya kita tidak menyedari perbuatan yang kita lakukan telah menyakiti hati suami.Walaupun kita tidak berniat untuk melukakan hatinya namun pada pandangan suami,kita telah menjatuhkan martabat seorang lelaki.menambat hati suami anda
Ditambah pula dengan sifat lelaki yang mempunyai tahap keegoaan yang tinggi,sudah pasti membuatkan kita tidak sedar akan perbuatan tersebut.
Sekiranya kita benar-benar menyelami perasaan suami,kita akan perasan akan perubahan suami.Mungkin suami yang periang dan petah berkata-kata tiba-tiba bertukar kepada sebaliknya.hanya jawapan ia atau menggeleng kepala sahaja apabila ditanya oleh isteri.
2. Mencantikkan diri untuk suami
Di dalam Islam,Isteri dituntut untuk mencaNtikkan diri untuk tatapan para suami.Isteri yang cantik akan membuatkan suami mereka berasa senang dan selesa dan berasa begitu dihargai. Cantik yang dimaksudkan bukan terletak pada paras rupa tetapi dikira dari segi penampilan,kebersihan dan penjagaan diri.
Sepertimana ketika kita hendak pergi bersiar-siar atau ke komplek perniagaan yang sudah pasti kita akan mempersiapkan diri dengan wangian yang mempersonakan,solekan yang menyerikan wajah dan baju yang cantik begitulah yang sepatutnya dipraktikkan ketika berhadapan dengan suami.
3. Bermanja dengan suami
Jika sebelum berkahwin,memang perempuan akan lebih manja dengan pasangannya,keadaan ini akan terjadi sebaliknya selepas berumahtangga.
Lelaki yang dulunya tegas,berdisiplin atau serius pasti ada kemanjaan mereka yang tersendiri.Malah kemanjaan mereka mungkin menuntut kita melayan mereka melebihi anak sendiri.
Ketiga-tiga petua ini jika dapat diamalkan sudah pasti perasaan cinta yang dijalin semasa dahulu dapat dipertahankan dengan teguh sekali.Walaupun ada badai melanda,namum dengan cara isteri yang tahu menambat hati suami semua itu pasti akan diharungi dan sinar yang cerah akan menanti di penghujungnya.

PENGGULUNG
Wahh!!! Ada penggulung ker??? hehehe tak der, sebenarnya tips-tips ini dikongsi bersama. Saya sendiri masih belum berjaya dalam rumahtangga. Yelah baru setahun kan kahwin, jadi banyak lagi dugaan dan cabaran hidup yang perlu saya dan suami tempuhi lagi. Dalam rumah tangga ini ada asam garamnya.. Tak semestinya ianya akan bahagia selamanya.. Ada pasang surut semuanya. Ye lah, kita ni hidup ibarat roda, kadang-kadang kita diatas dan kadang-kadang kita akan jatuh kebawah. Saya seorang yang sangat tidak perfect. Saya ni juga kadang-kadang banyak keras kepalanya. N Kuat sangat merajuk!!!!!





No comments:

Post a Comment