Seorang wanita yang kuat berangan.. ntah sampai bila harus berhenti dari angan-angan.. Suka ketawa tetapi juga mudah menangis.. Nampak seperti sombong tetapi terlebih peramah hakikatnya... Banyak cerita tetapi malas nak mengupdate dalam blog... Seorang isteri yang comel kepada Mohd Ghazali.. Saya adalah saya, dan tidak suka dibandingkan dengan orang lain dan tidak suka disamakan dengan orang lain juga..... Weeeee~~~~ =)

Wednesday 9 May 2012

Kasihanilah Wanita =)

Wallah!!!!
Salam Jumaat buat teman-teman dan para sahabat.. Sekian lama tidak menemukan masa dengan ungkapan di laman blog ini. Tapi hari ini terasa ingin mengorek suara kata hati yang sekian lama memerhati.. Ye, bukan mudah untuk memahami dan mencari erti mengapa meraka selalu begini? Mereka? Mereka itu pada siapakah yang harus dituju?Mereka yang kita banyak menyalahkan pada pilihan kehidupan mereka.. Salah?? Salah dari segi apakah? akhlak kah? Untuk apakah mereka memilih jalan ini? Saya tak mahu memberi seribu kata kesilapan.. Kerana kita manusia memang sentiasa hidup dengan beribu kesilapan.. Saya tidak menunding jari kepada mereka 100%, kerana kita tidak tahu apa yang mereka lalui dan fikirkan.. Kerana kita manusia biasa yang tidak layak menjatuhkan hukum kepada sesiapa... Sebentar tadi, saya baru sahaja melawati laman mukabuku salah seorang yang pernah diri saya kenali dalam beberapa bulan. Tidak lah rapat tetapi dapatlah mengenali nama dan rupa..
Apa yang harus diperkatakan disini selepas melihat aksi-aksi godaan beliau dalam kotak gambarnya, dia hanyalah seorang wanita yang masih mencari diri sebenar dan masih muda untuk mengenali kehidupan.. Sungguh simpati dengannya..Adakah ini pilihan hidupnya??? Mungkin YA dan mungkin TIDAK!! Tetapi tidak perlu tertanya-tanya kerana dia masih muda untuk mengenali dunia. Ibu dan Ayah mungkin sukar untuk memainkan peranan dan tanggungjawap tersendiri kerana baginya si anak sudah besar dan tahu membezakan mana baik dan buruknya.. si anak pula mungkin terasa terlalu besar dan tidak perlu lagi nasihat dan didikan dari mereka. Maka tiada siapa lagi yang mampu mengubah kehidupan anak remaja ini melainkan kesedaran dalam hati dan mungkin juga bakal pembimbing.. Bakal Pembimbing? Siapakah? Harus menjawap dengan jelas, sememangnya wanita dijadikan untuk lelaki dan sememangnya juga wanita yang elok atau tidak elok layak untuk memiliki lelaki yang baik. Mengapa menggeleng? Adakah kata-kata saya tadi menjadi tentangan pada kamu? sila dengar dengan ikhlas.. Kita wanita seteruk manapun akhlak kita, jika di didik oleh Sang Pencinta(kaum Adam) dengan baik dan tertib, i'allah wanita itu akan menurut kerana wanita adalah seorang  insan yang sangat lemah dan lembut.. 
Tetapi pada pandangan masyarakat kita ini, yang buruk tetap buruk.. Mengapa?? Saya tak nafikan kerana saya juga kadang-kala mempunyai sifat pendapat yang sebegitu! Ini adalah masyarakat kita ini hidup lebih banyak dengan adap..
Tetapi masih adakah lelaki yang begitu baik yang boleh menerima dan sanggup membimbing kaum Hawa yang terjatuh dan jauh terlanjur? Mungkin ada, tetapi keluarga pula yang menjadi tentangan.. Saya sebagai kaum hawa amat simpati pada mereka ini..
Teringat kisah salah seorang pelanggan saya dulu.. Orangnya sangat cantik, dan sangat rendah diri. Pertama kali dia datang untuk mengurut, saya nampak seribu misteri dalam kotak wajahnya.. Akhirnya dia meluahkan    segala yang tertanya dalam benak otakku setelah hampir sebulan dia datang untuk membuat urutan. Wanita yang kelihatan sangat manis dan comel itu mengaku dirinya seorang pelayan kelas atasan. Mula-mula agak terkejut. Tertapi ingin mendengar pengakuan berani darinya, saya berlakon seperti tiada apa-apa supaya dia selesa untuk becerita.Pekerjaan harianya adalah melayani mereka-mereka yang memerlukan. Sanggup dibayar RM500-RM1000 satu malam. Kenapa dia jadi begini? Hati tertanya-tanya. Akhirnya terjawap juga dari cerita yang diluahnya. Dia cuba membantu keluarganya mencari rezeki. ibu dan ayah sudah tahu kegiatannya, tetapi mereka redha kerana setiap bulan RM3000 akan diberi kepada ibu dan ayahnya. Kehidupannya sangat mewah. Apa yang diingininya sangat mudah untuk dimiliki. Dia sangat seronok dengan kemewahan ini. Lidah sudah tidak tahan untuk menanyakan bagaiman boleh begini? Tanpa segan silu, dia menceritakan yang dia pernah bekerja di salah sebuah syarikat, sebagai Pengurus pemasaran. Wow!! Dia memiliki Ijazah rupanya di salah sebuah IPTA. Sangat berbangga tapi juga kecewa kerana ini jalan dipilihnya dan hampir 10tahun dia bergiat dalam pekerjaan ini. Epilog bermula perkenalan dia dengan salah seorang yang berpangkat besar dan berpengaruh. Kerana kemewahan yang di beri, dia meninggalkan kerjanya dan menjadi layanan sepenuh masa lelaki itu. Hidupnya penuh dengan kemewahan. Tetapi hubungan mereka hanya mampu bertahan selama 5tahun sahaja dan dia ditinggalkan kerana kecurangan lelaki itu telah dihidu oleh isterinya. Hidupnya kembali normal, dia mula buntu untuk mencari kemewahan. hasil dari hubungan dia bersama bekas kekasih gelapnya itu, ramai juga orang-orang atasan yang ingin bersamanya.Oleh kerana dia kembali solo, dia mencari orang-orang atasan yang pernah ingin bersamanya. Disitu bermulalah pekerjaan yang baru. Ada saja kereta mewah membawa dia ke sana ke mari, dan dia mula menjadi rebutan. Dia kembali hidup mewah, dan bergaya. Hampir setiap minggu dia akan memanjakan diri ke SPA. 
Huhuhu.. Mendengar ceritanya, saya terasa sangat teruja. Tetapi apa yang harus saya katakan, saya hanya mampu mendengar kerana pasti tiada nasihat yang lebih baik untuknya kerana dia sedang bahagia dengan arus dunia. Selepas dia menceritakan segalanya tentang dirinya, dia tidak lagi malu untuk meluahkan apa-apa lagi dengan saya. Setiap kali dia datang, ada sahaja ceritanya. hendak dijadikan cerita, dia menghilangkan diri. Sudah hampir 1tahun dia tidak lagi menelefon saya untuk membuat tempahan urut. Saya risau juga takut dia ada terasa apa-apa ngan saya. Kalau tidak, hampir setiap minggu dia akan datang buat urutan. Suatu hari, ada panggilan dari dia, dia ingin membuat tempahan urutan. saya menerima dengan gembira kerana sudah lama dia tidak datang. Agak terkejut apabila dia datang bersama seorang lelaki yang kelihatan sebaya dengannya dan dalam keadaan dia yang bertudung. Begitu banyak perubahan dalam setahun. hati saya tertanya-tanya siapa lelaki ini, dan kenapa dia kelihatan bertudung? Adakah suami nya? tetapi dia pernah cakap dulu, yang dia tidak akan kahwin sebab katanya tiada lelaki yang layak untuknya. Akhirnya persoalan saya terjawap. Ya, itu adalah suaminya yang dia tidak pernah kenali. Nak di jadi kan kisah, suatu malam dia ada bertemu dengan salah seorang pelanggannya di sebuah hotel. Mereka berbual-bual di Lobby Hotel. Tiba seorang lelaki yang  duduk berhampiran dengan mereka memandangnya. Dia membalas pandangan itu dengan wajah menggoda. Tetapi lelaki itu sedikit pun tidak melayan. Dia memerhati lelaki itu yang sedang bermain komputer riba, mengharapkan lelaki itu memandangnya kerana dia ingin menjadikan lelaki itu mangsanya. Tetapi lelaki itu hanya membuat perihal sendiri. Sebelum dia dan pelanggannya naik ke bilik, dia sempat memberikan nombor telefonnya kepada lelaki itu dan membisik ke telinga lelaki itu, "jika perlu khidmat saya, hubungi saya" Tiada sebarang respon dari lelaki itu. setelah beberapa bulan, dia hampir melupakan lelaki itu, lelaki itu menghubungi dia. Dia sangat teruja kerana baginya ingin juga dia mengenali lelaki itu. Berjumpa di Hotel yang sama dia dan lelaki itu bertemu. Setibanya dia di Lobby hotel itu, lelaki itu berkata, "Saya tidak perlukan khidmat kamu sekarang, tetapi saya akan berjumpa dengan keluarga kamu dahulu. saya tidak akan membayar kamu untuk malam ini, tetapi saya akan membayar kamu untuk selama-lamanya" Terkejut wanita itu. Lelaki itu mula melamar dia, dia tidak sempat membuat apa-apa keputusan kerana dia sangat teruja kerana tidak pernah ada lelaki yang membuat begitu kepadanya. Begitu pantas, esoknya mereka kekampungnya, lelaki itu meminta izin pada ayahnya dan berjanji,setiap bulan akan berikan duit belanja sebanyak mana yang dia berikan sebelum ini. Lusanya terus pulang ke Johor untuk dikenalkan kepada keluarga lelaki itu. Dia pun seperti di pukau, mengikut sahaja kata-kata lelaki itu..Dan Kini mereka hidup bahagia.. hehehe patotlah dah lama tak datang massage kan... huhuhuhu.. Tapi cian, katanya keluarga mertuanya pulaukan dia. Tapi tak per janji mereka bahagia.. Alhamdullilah....
Jadi pada wanita-wanita yang terasa diri mereka sudah jauh terpesong, tidak terlambat untuk bertaubat dan memilih lah pasangan hidup yang boleh membimbing... Jangan takut dengan masa depan!! =) Wallah....




2 comments: