Seorang wanita yang kuat berangan.. ntah sampai bila harus berhenti dari angan-angan.. Suka ketawa tetapi juga mudah menangis.. Nampak seperti sombong tetapi terlebih peramah hakikatnya... Banyak cerita tetapi malas nak mengupdate dalam blog... Seorang isteri yang comel kepada Mohd Ghazali.. Saya adalah saya, dan tidak suka dibandingkan dengan orang lain dan tidak suka disamakan dengan orang lain juga..... Weeeee~~~~ =)

Monday 17 October 2011

Cinta dan Syukur dengan Anugerah ini..

Alhamdullilah, dan bersyukur pada mu Ya Allah kerana telah menganugerahkan kami sekeluarga seorang adik yang sangat istimewa.
Dia lah penghibur
Dia lah penyeri
Dia lah juga kebahagiaan kami
Terima Kasih, Ya Allah.....
Walaupun ada segelintir masyarakat yang memandang hina dan pelik padanya, namun kami tetap bersyukur kerana bagi kami dia bukan satu bebanan malah dia lah satu kebahagiaan dalam keluarga kami...
Hidupku amat indah mengenali dia.. dia yang mengajar aku menjadi seorang yang bertanggungjawap. Betanggungjawap dalam diri dan adik beradik. Menjaganya dengan penuh kasih sayang... Menjaganya bagai menatang minyak yang penuh...Hanya keluarga yang terpilih sahaja Allah akan menghadiahkan nya.. Kami bersyukur dan akan menjaganya sepenuh hati...
Matanya ku tenung tajam..
Wahai adikku. Aku tahu, dirimu juga tak ingin menjadi seperti ini. Kerana kamu dilahirkan normal seperti budak lain. Kerana kamu seorang anak yang sangat comel..
Kejadian yang tidak diduga.....
Kelahiranmu disambut dengan meriah. Seorang bayi lelaki yang sangat comel, putih dan tembam. Semuanya berebut-rebut mahu merasai pipinya yang gebu. Bayi itu amat gembira dapat melihat alam yang di cipta oleh Allah S.W.T dan keluar dengan cukup sifat normal.. Meniti hari-hari seperti bayi biasa... Menjalankan kehidupan normal. Orang silih berganti melawat bayi comel dan tak habis mendengar suara-suara memuji kecomelan baby kecil ini... Sehingga terjadinya kejadian sedih pada suatu hari. Jiran yang dipercayai, begitu geram pada kecomelan baby ini, dan meminta izin untuk meminjam bayi ini. membawa pulang untuk bermain bersama anak-anak. Bayi yang ketika itu berumur 9 bulan, tanpa rungutan dengan peramahnya mengikut jiran itu. Mama membenarkan kerana menyimpan satu kepercayaan. setelah hampir seharian jiran meminjamnya, Dia datang memulangkan semula. Mungkin sudah penat mengasuh agaknya. Tetapi kepulangan bayi ketika itu tidak seperti keadaan meminjam, pulangnya dalam tangisan.. Tiada kelihatan gelisah mahupun risau di riak wajah mama. Begitu selamba mama mendukung bayi kecil itu... Kata mama, biasalh budak-budak kecik memang suka menangis. Mungkin benar kata mama kerana mama lebih banyak pengalaman bersama kami adik beradik yang sudah sekian 7 orang... Tidak seperti biasa, baby itu menangis tanpa henti.. mama hanya mendodoi dan memberikan susu. Pada esoknya baby itu jatuh demam. Kata mama, mungkin nak membesar... Tup..tup..tup.. hampir 3 hari demam, bawa ke hospital dan klinik sana sini, semua doktor kata demam biasa. Mama sudah gelisah setelah 2minggu lebih, kelihatan kepala bayi ini makin membesar dan wajahnya kian membiru. Mama lantas bawa kehospital lagi. Kebetulan ada doktor pakar yang datangnya dari KL, tergerak hati mahu mengambil alih tugas memeriksa bayi ini. Dup... Mama tergamam, dan ayah kelihatan agak marah setelah doktor itu memberitahu bahawa bayi itu sudah hampir 2minggu jatuh...Tanpa mama sedari siapa yang punya angkara, mama bertanya kepada kami semua. Tiada seorang pun mengaku..Siapa kah yang melakukannya? tiada yang mengaku???? Dan tiada yang memberitahu...Bayi kecil yang comel dan ceria itu, bertukar menjadi muram dan sayu.. Terlantar di hospital selama 6 bulan.. Menjalani pembedahan dan menjalani rawatan susulan di hospital.. Keistimewaan bayi ini, walaupun di bedah dalam keadaan kurang bermaya, tidak sedikit pun merungut kesakitan, malah senyumannya sentiasa terukir dibibirnya. Melihatkan dia ikhlas menerima ujian Allah .. Lagi sekali doktor agak terkejut, sewaktu pembedahan dilakukan kelihatan bilik bedah itu begitu bercahaya. adakah ini kuasa Allah dan Keistimewaannya?
Hari berganti hari, tahun berganti tahun.. Bayi itu kian membesar dan membesar dengan menjalani kehidupan seperti bukan kanak-kanak biasa lagi.. Terpaksa menampung kepalanya yang lebih besar dari struktur badannya, bergantung dengan ubat-ubatan dan menanggung sakit.. Dia tidak lagi seperti kanak-kanak normal. Tetapi, dia tetap ceria dan gembira. Wajahnya tetap kelihatan comel. Dengan simpati dan sayang akan adik ku ini, aku sanggup berkorban diri untuk menjaganya. Kemana saja ku pergi pasti dia disisi.. Dia perlu dijaga dengan rapi kerana kepala yang lebih besar dari badan boleh menyebabkan dia jatuh jika tak dikawal. tak sanggup melihat luka dan jahitan dikepalanya lagi akibat jatuh. makanya aku lah yang selalu disisinya. Tak percaya jika ku ceritakan.. Aku nak buang air besar pun, aku bawa dia bersama.. Kakak duduk adik berdiri pandang depan ye, jangan pandang akak.. tapi akak pegang adik.. sambil melabur, sambil bersembang-sembang untuk tidak membuatkan dia merasa bosan menemani ku.. Pernah sekali aku tinggalkan dia, biarkan orang lain dalam rumah tu jaga dia, aku balik rumah, bertambah bengkak dia jatuh. Sedih, kecewa dan rasa bersalah kerana tinggalkan dia. Tidurnya ku belai, jaganya ku kawal, makan nya ku suap, minumnya ku tuangkan, becerita, bermain bersama. walaupun ada yang kata dia tak normal, tapi bagiku dia adalah segalanya dan normal seperti biasa, cuma dia lebih memerlukan perhatian..
Setelah umurnya hampir 5tahun, dia sudah tidak perlu lagi mengawal diri kerana saiz badan dan kepalanya sudah seimbang. Cuma dia kelihatan begitu hyper dan sangat bertenaga setiap masa, sehingga memerlukan penjagaan rapi... Keistimewaannya semakin teserlah kerana dia sudah pandai menghafal ayat-ayat alquran dan kursi walaupun sebutan nya tak lancar. Owh, kata doktor selepas pembedahan dulu, dia akan mengalami pekembangan yang lambat. Jika umurnya 10tahun,perkembangannya mungkin seperti kanak-kanak berumur 4tahun.... Hurm...sewaktu umurnya 3tahun, muncul sahabat baik jiran yang pernah meminjamnya dulu mengaku bahawa jiran yang selau meminjam hakim dulu lah yang tidak sengaja menjatuhkan akim. (adikku). Marah dan geram mama pada pengakuan itu dan menanyakan kenapa tak diberitahu awal-awal supaya boleh saja dibawa kehospital.. Katanya kawan baiknya itu tak benarkan dia memberitahu sesiapa dan kini mereka telah bergaduh dan dia pun berani untuk membuat pengakuan berani itu. Malangnya nasi sudah menjadi bubur, hakim pun dah selamat menjalani pembedahan dan telah derita menangung sakitnya tidak seperti kanak-kanak normal.. Mama tak mampu marah lagi dan berserah segalanya kepa Allah untuk menghukum mereka.
Setelah tahun berganti tahun, kini umurnya sudah meningkat 12tahun
Dia seperti semakin matang. Sedikit pandai menguruskan diri dan sudah ada sifat-sifat malu. HUrm.. Kenyataan paling gembira, kata guru, di sekolah (Sekolah Pendidikan Khas) dia seorang yang pandai menjaga disiplin, dengar cakap, dan pintar. Lepas makan, pandai basuh pinggan sendiri tanpa di suruh, pandai baca doa sebelum makan, tak nakal, belajar beri tumpuan.. Tetapi kenyataan dirumah pula, hurm... berbalik dengan apa yang disekolah. Mungkin di rumah dia nak perhatian lebih dan dia tahu ada jer yang akan uruskan dia.. Hehehehe... sweet sangat.. Bersyukur kerana dia sudah pandai membezakan antara sekolah dan rumah. I'allah, jika ada ubat dan cara yang lebih baik ataupun bagus untuk menyebuhkan penyakitnya, kami akan usaha... =) sayang pada dia sangat-sangat.. Sehingga sewaktu perkahwinan ku, memang berat untuk dia lepaskan. bagai-bagai alasan dia.. Hurm.. Doaku agar suamiku boleh menerima adik ku yang teristimewa ini hingga akhir hayat, dan sentiasa mendoakan Allah S.W.T memberi perlindungan padanya selalu. HUrm ingat kata-katanya sebelum aku selamat nikah.. "Kalau kak muni kahwin nanti, sapa mau jaga hakim? nanti akim tua macamana? Dear, Kak muni sentiasa jaga akim dan takkan lupakan akim yer..Kak Muni balik pun, kak muni akan tido ngan akim macam dulu. Tak per, abang Zali faham.. Thanx hubby kerana sentiasa memahami, menerima dan menyanyangi adik saya ini.. Dia adalah kebahagiaan kita.. =)

Hakim sebelah kanan, merenung masa depan setelah kakak kesayangannya dimiliki


Amat berat melepaskan ku di saat ku dinikahkan


kami yang amat rapat


Hakim bersama adik-adiknya Auni dan Syifa'


Amat suka pada pantai itulah Hakim bersama abang 


Lagi bersama adik-adik


Tika Hakim darjah 1 


We love
Hartanya Jam dan Sunglass.... Tak bleh hidup tanpa asetnya

Raya 2tahun lepas 
Bahagia dan ceria bersama adik-adik


 Siapa pun saya, saya tetap ceria...

Cuba menunjukkan pada kakaknya yang dia boleh makan dan berdikari sendiri


Perlu dipimpin kerana tak mahu lepaskan kakaknya


Tak nak berganjak melepaskkan kakaknya


Ciannyer...


Saya takkan abaikan adik saya dan sentiasa menyayanginya...Thanx hubby kerana faham kan saya.. =)

4 comments:

  1. sayu baca kisah ni, ada mama ko cerita pasal ni. Tp bila baca apa yg ko tulis...buat aku sebak. Hakim tak cam dulu dah, mmg dia dah makin matang...dan pemalu, InsyaAllah..dia akan jadi seorg yg baik dan berdikari, yg mampu membanggakan ko n keluarga. Amin :')

    ReplyDelete
  2. Murni buat airmata c.cah meleleh pulak. C.Cah x pernah tau ngapa Hakim jd macamni. Tp syukur alhamdullillah, wlw apa jua, pasti ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  3. A'ah itulah nasib yang menimpa diri akim. Kami sentiasa sayangkan dia... =)

    ReplyDelete