Seorang wanita yang kuat berangan.. ntah sampai bila harus berhenti dari angan-angan.. Suka ketawa tetapi juga mudah menangis.. Nampak seperti sombong tetapi terlebih peramah hakikatnya... Banyak cerita tetapi malas nak mengupdate dalam blog... Seorang isteri yang comel kepada Mohd Ghazali.. Saya adalah saya, dan tidak suka dibandingkan dengan orang lain dan tidak suka disamakan dengan orang lain juga..... Weeeee~~~~ =)

Wednesday 5 October 2011

Tips Diet yang sehat.. dadadadada.....

 Ramai antara kita yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Ini amat membahayakan kesihatan. Dan ada juga cuba untuk mengurangkan berat badan dengan mengamalkan diet permakanan yang betul. Tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakannya. Jadi tips ini mungkin mampu membantu bagi kita memulakan diet bagi mengurangkan berat badan.
Diet1 300x204 Tips memulakan diet
  1. Perhatikan saiz hidangan anda. Mungkin selama ini kita tidak sedar bahawa kita mengambil makanan secara berlebihan. Oleh itu, kurangkan sedikit kuantiti makanan yang anda makan daripada biasa.
  2. Makan secara teratur dalam kuantiti yang kecil. Kunci untuk mengurangkan berat badan bukan berlapar sepanjang hari tetapi mengambil makanan secara teratur. Ini penting untuk meningkatkan kadar metabolisme asas badan anda.
  3. Mulakan hari anda dengan sarapan yang berkhasiat. Sarapan yang seimbang bukan sahaja penting untuk tenaga sepanjang hari, tetapi juga untuk mengelakkan anda makan berlebihan di waktu malam.
  4. Hadkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak. Makanan ini biasanya tinggi kandungan kalori dan lemak walaupun dalam kuantiti yang sedikit.
  5. Berhati-hati dengan karbohidrat ringkas. Makanan ini biasanya tinggi kandungan gula seperti gula-gula, kek, biskut berkrim, donut serta minuman manis seperti air bergas atau air kordial.
  6. Minum banyak air kosong. Kurangkan pengambilan air manis terutama semasa waktu makan utama.
  7. Elakkan makan lewat malam. Anda tidak memerlukan banyak tenaga untuk tidur.
  8. Makan sayur dan buah pada setiap kali waktu makan utama. Elak pengambilan sayur-sayuran yang dimasak menggunakan santan.
  9. Fikir dulu sebelum makan. Tanya diri anda ”Adakah makanan ini memberi faedah kebaikan atau memudaratkan saya ?”.
  10. Bulatkan tekad, kuatkan azam. Cabar diri anda agar tidak mudah kalah dengan godaan nafsu makan.
3  Perlukah Menurunkan Berat Badan 300x265 Tips memulakan diet

No comments:

Post a Comment