Seorang wanita yang kuat berangan.. ntah sampai bila harus berhenti dari angan-angan.. Suka ketawa tetapi juga mudah menangis.. Nampak seperti sombong tetapi terlebih peramah hakikatnya... Banyak cerita tetapi malas nak mengupdate dalam blog... Seorang isteri yang comel kepada Mohd Ghazali.. Saya adalah saya, dan tidak suka dibandingkan dengan orang lain dan tidak suka disamakan dengan orang lain juga..... Weeeee~~~~ =)

Tuesday 4 October 2011

Start Aerobic

Tak sabar rasanya nak aerobik petang nie.. nak keluarkan segala lemak yang bertepu... hehehe

Memang tidak dinafikan dengan melakukan ‘DIET’ yang betul, ia mampu mengembalikan bentuk badan yang langsing serta menyerikan wajah dengan cara yang lebih ‘natural’.
 
Fakta yang perlu anda ambil perhatian :

Jenis Diet
Tugas
Kesan
Pengambilan Herba/JamuMemberi kesusutan berat badan jangka pendek sahaja.
Bertindak seperti ubat untuk mengurangkan selera makan.
Kesan jangka panjang : rasa loya, rasa lesu, sembelit dan tekenan darah yang rendah
Kesusutan tidak dapat bertahan untuk jangka masa panjang.
Kekurangan tenaga dan nutrien
Pengambilan Pil Diet
Memberi kesusutan berat badan jangka pendek sahaja.
Bertindak seperti ubat untuk mengurangkn selera makan untuk sementara waktu sahaja.
Kesan jangka panjang : boleh menyebabkan kebergantungan pengambilan pil yang serius
Kesusutan tidak dapat bertahan untuk jangka masa panjang.
Kekurangan tenaga dan nutrient pda badan
Penggunaan Julap / Teh PelangsingMenggalakkan kesusutan air dalam badan.Kehilangan air yang banyak namun lemak tetap tinggal dalam badan
Mengakibatkan kekurangan karbohidrat yang menyebabkan ketosis iaitu dimana proses penguraian lemak di badan tidak dapat dilengkapi
Sumber : “Makan Dengan Bijak – Pelaburan Sepanjang Hayat” terbitan Jabatan Dietik & Dietari, Institut Jantung Negara

Dari fakta ini, adakah anda mengambil langkah bijak dalam ‘DIET’ dengan mengambil pil diet atau pemakanan pelangsingan seperti jamu atau teh pelangsing?
Bagaimana saya boleh membantu anda merealisasikan impian anda melalui ‘DIET’?
Sebelum itu, saya nak kongsi dengan anda sebuah kisah..
Semasa zaman universiti dulu, mak saya ada buka sebuah kedai makan. Apabila cuti semester, saya balik bercuti dan tolong mak saya di kedai.
Pada waktu itu, berat badan saya meningkat secara mendadak sebab tiap masa kerja saya makan je. Ramai kawan-kawan yang tegur saya. Tebal jugaklah muka ni..
Lalu saya pun buat sedikit kajian, macam mana saya nak kurus balik tanpa bergantung kepada ubat-ubatan atau ke pusat pelangsingan badan. Kalau buat macam tu, mana saya mampu sebab saya kan student lagi masa tu.

No comments:

Post a Comment